Flying Pilot!
About Links Entries

________________________________________________________________________________________
Tuesday, November 27, 2012 | 12:06 AM | 0 Pilot Terbang
Assalamualaikum

Yea!sekarang cuti sekolah.Seperti biasa aku takde aktiviti menarik pun.And dalam masa cuti tu jugak aku habiskan masa aku dengan laptop..Tengok Running Man lah..sampai tolong mak aku buat karipap pon laptop kat sebelah sambil tengok running man.Mak aku pun asyik mengamuk sebab dia tak dpt guna laptop..huahuahua!okay balik dari tajuk yang asal,,semalam aku tengok iCarly episod iGoodbye.Aku rasa tu last episod dia.Carly da pindah..Sedih sangat bila tengok dia dengan kawan-kawan dia..yea! i love Freddie.*Sorry salah eja,lantaklah*bila tengok episod tu kan,,aku teringatkan kawan-kawan aku..yea...RAKAN SEPERJUANGAN.yeahhh i miss them..alot. :'( Bila dah lalui macam-macam perkara tentang sahabat,or kawan or kenalan or rakan.Mereka-mereka tu semua sangat penting dalam hidup kita.Mereka-mereka tu semua mempunyai maksud yang lain.


                                                          
Sahabat
Sahabat adalah orang yang memiliki rasa tanggungjawab terhadap diri kita, tetapi tidak memiliki hubungan darah. Dalam erti kata lain, sahabat bukan terdiri daripada adik-beradik tetapi berupaya mewujudkan hubungan yang mirip hubungan persaudaraan antara adik-beradik. Sahabat adalah orang yang banyak memberi manfaat dan kebaikan kepada kita, dan kita juga begitu.

Sahabat adalah seorang yang setiakawan, boleh membantu apabila kita berada di dalam kesusahan, meredakan kesedihan ,menghilangkan kebimbangan dan sanggup berjuang demi kebaikan kita. Sahabat adalah orang yang mampu menyimpan rahsia dan keaiban kita. Mereka akan sentiasa melindungi kita.

Sahabat tidak semestinya memiliki minat atau pendapat yang sama dengan kita, tetapi mereka akan sentiasa ada apabila kita memerlukannya. Sahabat adalah orang yang membuatkan berasa selamat apabila mereka ada bersama-sama, sebab mereka adalah orang yang sangat setiakawan. Sahabat adalah orang-orang yang sangat menyayangi kita.

Sahabat kadangkala adalah penjaga, pelindung dan semangat mereka akan sentiasa ada bersama kita.

Kawan
Kawan ialah seorang yang boleh berkongsi lebih dari satu perkara seperti minat, hobi, perasaan, perjuangan dan sebagainya biarpun bukan dari organisasi yang sama. Kawan ialah orang yang selalu berinteraksi dengan kita dan mengenali beberapa fakta peribadi mengenainya.

Kami selalu memiliki masa untuk bersama, bergembira, berseronok dan sebagainya. Kawan biasanya terjadi apabila seseorang itu menemui individu yang lain, yang memiliki persamaan seperti hobi, minat, sikap, tabiat dan pemikiran yang sama dengan dirinya. Kita selalunya berasa seronok dan terhibur apabila berada bersama-sama kawan .

Kawan mungkin boleh berkongsi kesedihan dan kegembiraan, tetapi mereka selalunya tidak akan pergi lebih jauh daripada itu. Malah, sekiranya tidak sependapat, hubungan kawan mungkin boleh terputus.


                                                      
Rakan
Rakan ialah perantaraan antara kawan daan kenalan. Rakan ialah orang yang berkongsi minat, kerjaya, hobi, permainan, guru, kelas, matlamat dan sebagainya dalam satu organisasi atau kumpulan seperti persatuan, kelab, syarikat, pertubuhan dan sebagainya. Contohnya, ada rakan satu tingkatan, rakan satu sekolah, rakan satu kelab dan sebagainya.

Rakan biasanya orang yang boleh mewujudkan kerjasama. Contohnya boleh belajar bersama-sama dengan rakan sekelas, boleh membuat tugasan berkumpulan bersama-sama rakan satu tingkatan, bekerjasama dengan rakan-rakan sepasukan untuk menewaskan pihak lawan dalam pertandingan bola sepak, dan rakan-rakan sekerja mengadakan mesyuarat untuk syarikat kami dan sebagainya.

Ada rakan yang rapat, ada pula rakan yang boleh dianggap sebagai sahabat, ada pula rakan yang boleh dianggap sebagai kawan, dan ada pula rakan yang hanya boleh dianggap sebagai kenalan.



                                                         

Kenalan
Kenalan mungkin wujud sebagai rakan. Contohnya rakan chatting, rakan siber dan rakan blogger. Apabila mengenali seseorang itu dalam bentuk atau identiti tertentu, maka dia adalah kenalan. Kenalan adalah orang yang pernah berinteraksi dengan kita tetapi tidak dapat mengesahkan identiti atau kewujudan sebenarnya. Kita perlu berwaspada dengan kenalan-kenalan siber kerana, di luar alam siber, mereka tidak semestinya orang yang sama seperti yang kita pernah kenal di internet.

Kenalan boleh meluahkan perasaan mereka, masalah mereka kepada menerusi ruangan komen, e-mel dan kemudahan-kemudahan interaksi yang lain di internet, tetapi tidak 100% boleh dipercayai. Kenalan kadangkala wujud sebagai satu hiburan, tetapi kadangkala tidak mustahil mereka boleh memberi kebaikan kepada menerusi perkongsian pendapat, idea dan penyelesaian masalah.


                                    


P/s:copy dari page mana ntah.                      
________________________________________________________________________________________
Wednesday, November 7, 2012 | 8:33 AM | 0 Pilot Terbang
Assalamualaikum


hey!hari ni nak cerita dekat korang psal someone ni.

Amni (bukan nama sebenar) ada kawan lelaki bernama Rizqan (bukan nama sebenar).Diorang kenal dari sekolah rendah lagi..tapi diorang start rapat masa form 2.Amni dengan Rizqan ni rapat.diorang suka kongsi cerita masing-masing.senang cerita rahsia Amni ada dekat Rizqan.rahsia Rizqan ada dekat Amni.Rapatkan diorang.Amni suka kawan dengan Rizqan ni sebab bagi dia Rizqan ni baik,caring,bertanggungjawab and yang paling penting dia simpan rahsia! HAHA!Lagipun diorang ni sama kelas..so pantang cikgu takde mesti  melepak sama-sama..Tapi bila naik form 3,dia masuk kelas lain.Sebelah kelas Amni.Sejak tu diorang tak rapat dah.masing-masing macam STRANGERS! Ermm..tapi ntah la ada satu hari Rizqan tegur Amni.And sejak tu diorang rapat balik..Bersaya awak lerr..panggil nama lerr..happy je friendship diorang .Rizqan selalu ajak Amni teman dia makan bila habis sekolah..tapi bukan dua orangg lah!gilerr kau nak makan dua orang je!sekolah tu ada banyak wartawan murai.com.my...mampuih!Adelah dengan kawan Rizqan lagi sorang ni ikut sekali.Boleh dikatakan selalu lah.Tapi ada satu hari ni,Rizqan tak layan Amni.Dia ignore giler-giler punya wa cakap lu!Siapa yang tengok muka dia masa tu memang nak bagi penyepak laju-laju! Amni pelik bin ajaibb!Dia sedih.Dia sedih sebab dalam banyak-banyak kawan lelaki.Rizqan yang paling dia rapat and selesa bila berkawan.Tapi Rizqan buat dia macam nie... :"( Rizqan ignore Amni tanpa bagitau sebabnya..and buat Amni ni macam nak terbelah kepala dia pikir sebab apa..yela!bestfriend kudd!Abang Amni dah la dekat U so Amni da anggap Rizqan ni macam adik beradik lelaki dia dah! Satu hari ni Rizqan text Amni and Amni terkejutt baboonz!Rizqan tanya ada cerita yang boleh dikongsikan tak?Amni cakap memang ada tapi sekarang dia segan nak tegur Rizqan sebab Rizqan dah lain.Rizqan cakap dia mintak maaf sangat sebab buat macam tu.Sebenarnya ada budak form lain(tak payah mention) buat fitnah a.k.a gossiip pasal kiteorangg.Tak padan dengan kecik!!!Ye!! kan aku cakap banyak pekerja murai.com.my yang sekolah dekat sekolah aku.!And kepada yang buat fitnah tu terima kasih sebab kau dah retakkan persahabatan orangg!happy tak??Mesti aku happy kan buat orang macam tu! ouhh Tahniahh!Anda berjaya.And sekarang Rizqan and Amni is like STRANGERS..The End



                                                         


The Moral Of this Story:
Kita tak boleh buat fitnah !Dosa besar tau tak!Allah marah!Kita pon marah! ;P Nampak!sebab fitnah yang kita buat,,,orang lain yang jadi mangsa! Renung-renungkan dan selamat beramal.. :)
________________________________________________________________________________________
Friday, November 2, 2012 | 10:32 PM | 0 Pilot Terbang
Assalamualikum


I just wanted to let you know
All the feelings I want to show
I kept then inside for so long
Sometimes I felt it was so wrong
My feelings for you is hard to express
Sometimes it fills me with anger and stress
I love you so much you don’t understand
I always remind you hearing songs from my favorite bands
Please get this through your heart and mind
I promise I will never leave you behind
The only thing I ask you is to smile at life
Because one day I will put a ring on you’re finger and make you my eternal wife
I just want you recognize me for who I am
If I am lying let me be shamed
So just please listen to what I say
And got to tell you for who I pray
With this last verse let me express
I can’t wait to see your in that white dress
Down the aisle we say I do forever and for always I will love you









be what you are and say what you feel, because those who mind don’t matter and those who matter don’t mind.♡♡♡


                                     
________________________________________________________________________________________
| 12:33 PM | 0 Pilot Terbang
Assalamualaikum


First day sekolah.Awak tak kenal sesiapa pun .Awak keseorangan and awak bosan sangat-sangat.Yang paling teruk awak kenal buli dengan malaon-malaon mana ntah..Diorang ambil purse awak and masa tu saya datang and suruh diorang pulankan balik.Awak berterima kasih dekat saya.And start dari haritu kita kawan.Kita rapat sangat.Kita selalu balik sama-sama.Lepak dekat tempat rahsia kita setiap petang.balik sekolah sama-sama..macam-macam lah kita buat sama-sama..sampai cikgu ingat kita couple.HAHA!Kita kawan lama...sampai form 5..lama kan?Parents kita pun dah kenal kita berdua sebab selalu pergi and balik sekolah sama-sama.Lepas habis je periksa SPM ,esoknyer kita lepak dekat tempat rahsia kita..permandangan dekat situ cantik sangat..angin dah la kuat..Masa tu awak marah dengan saya sebab ....ape ntah..lupa! and masa kita tengah bertengkar tuh saya tiba-tiba lamar awak jadi girlfriend saya..terkejut berukss awak.!HaHa! Start haritu status kita dari kawan bertukarlah jadi pasangan kekasih.. suuuweettt gitu!heheh...Bila result dah keluar kita sama-sama score and dua-dua gembira.Lepas beberapa minggu saya ajak awak jumpa dekat tempat rahsia kita...saya cakap penting sangat..Awak datang and masa tu saya cakap yang saya dapat tawaran belajar dekat luar negara..parents saya suruh pergi.Awak terus menangis..Lepas tu awak marah saya.."Awak cakap awak nak jaga saya!awak cakap awak nak kahwin dengan saya lepas kita sama-sama dapat ijazah nanti.. mana semua janji awak???"Saya lap airmata awak.Saya cakap saya janji walaupun kita jauhh tapi awak tetap ada dalam hati saya.Saya janji lepas je saya habis belajar saya terus balik and kita kahwin ye ?? So sekarang awak jangan menangis..Kita dua-dua agree...Semenjak saya pergi kita selalu chat sama-sama,kadang-kadang skype lah..macam-macam...tapi lepas beberapa bulan awak terus hilang..awak tak balas message saya..tiap-tiap hari saya tunggu awak..tapi awak tak jugak muncul...lepas beberapa tahun saya dah habis belajar..saya balik ke malaysia...Petang tu saya terus pergi rumah awak..Yang bukak mak awak.. Saya happy jumpa mak awak..dalam hati saya *bakal mak mertua tuh kena hormat sikit..* heheeh and bila saya tanya pasal awak..muka mak awak terus berubahh..mak awak cakap awak dah takde..saya tanyalah awak pergi mana?awak balik pukul berapa?Then mak awak cakap awak dah meninggal! Saya terkejut! Saya cakap makcik jangan main-main.Mak awak cakap awak kena langgar dengan lori masa ontheway balik dari airport..Awak pergi airport sebab nak ambil tiket pergi ke tempat saya belajar sebab nak jumpa saya...dan masa tu dummm! saya terus jatuh dekat tanah..saya dah tak boleh tahan air mata saya...awak kenapa awak tinggalkan saya?Kan kita dah janji nak hidup sama-sama...Mak awak bawak saya pergi kubur awak.. and mak awak bagi satu sampul surat.dia kata dari awak..dalam surat tu awak tulis sikit je..

Awak,maaf sebab saya tak dapat tunggu awak..nanti awak balik awak datanglah melawat saya..sedekahkan saya yassin ke. saya tunggu awak dekat 'sana' ye.. saya sayanggg awak.

Dalam hati saya menjerit.."Awak tunggu saya tau"




________________________________________________________________________________________
| 10:33 AM | 0 Pilot Terbang
Assalamualaikum


Bila sekolah tak sabar nak cutikan,bila cuti boring pulak. that's it! seriously boring duduk rumah..kerja aku makan,tidur,tengok tv,duduk depan laptop gelak sorang-sorang sampai mak aku ingat anak perempuan dia sorang ni da gila ...I am running man die hard fans! (okey takde kena mengena)Semenjak dua menjak tiga menjak ni kan, mak aku sibuk buat cheese tart and fruit tart yang orang order..and satu hari aku suruh mak aku ajarkan..seriously senang je lah wei! *cehh*and finally i found my new hobby...buat cheese tart and then paksa orang makan.. haha! Lagipun aku jual lah benda tuh .Apa??nak beli? boleh sila lihat di bawah ye semua.. :)






           






















Cheese tart:1 piece-rm1.20
                  1 box(25 pieces)-rm 30.00
Flavours: blueberry,strawberry,orange,kiwi and chocolate


Fruit tart:1 piece-rm0.80
              1 box(25 pieces)-rm 20.00

-HOMEMADE-
                                                                                                                                                              
                                                   
________________________________________________________________________________________
| 10:14 AM | 0 Pilot Terbang
Assalamualaikum

kringgggggg! bunyi loceng terakhir untuk tahun 2012.mulalah main tepung telur bagai depan sekolah..bagus!balik rumah suruh mak kau goreng terus. :) sekolah tamat? ada yang happy and ada yang tak happy.Firstly happynyer sebab no more books,no more homeworks,no more assembly,and bla bla bla.Tapi yang tak happynyer..mesti rindu dekat kawan kan. :( lagi-lagi tahun ni PMR.Nanti dah ambil result mesti ada yang pindah kan.. so sad... :'(  ermmm,,baru hari pertama cuti aku da start rindu kawan ... *sobsob*











                                       

















        Ni semua gambar-gambar yang sempat aku tangkap...x semua ada.kalau semua mau kembung perut blog aku sebab aku sumbat semua gambar .. hehe bye!                                                                                                                                                                               
________________________________________________________________________________________
Wednesday, October 31, 2012 | 9:35 PM | 0 Pilot Terbang
Hi. Testing. One Two Three.
♠ NewerPost


_______________________________________
Sticky Notes


Hi. Thanks for dropping by. To my dearest Pilot ♡ , I gave you the key to my heart. Keep it safe and don't loose it or let it rust. I trust you. I am in love with you and I'll always be there for you. I love you. A lot. ♡
_______________________________________
Big Claps

Basecode : Ana Min- Ji
Template : Sya Syahirah
Header : OneWifey
Tutorial : OneWifey
BestView : Google